Biography
Hikayat Abdullah (Jilid 2)
Catatan Munysi Abdullah tentang kehidupan beliau di Melaka dan Singapura sekitar abad ke-19.
Sebuah autobiografi ditulis oleh Munshi Abdullah, seorang penterjemah yang pernah bekerja dengan Stamford Raffles dan pegawai British yang lain. Berbeza dengan hikayat lain yang mengandungi elemen fantasi dan lagenda, Hikayat Abdullah ditulis dalam bentuk realisme.
Buku ini mengisahkan tentang kehidupan Munshi Abdullah, yang telah ditulisnya sendiri. Ianya mengisahkan tentang hidupnya daripada kecil sehinggalah dewasa. Ia juga mengandungi cerita tentang Kolonel Farquhar, Tuan Raffles, Panglima Besar, Tuan Long dan hubungan mereka dengan Munshi Abdullah. Selain dari itu, ia juga menceritakan tentang kisah beliau semasa mula mengajar di Anglo-Chinese College sehingga beliau menjadi seorang guru yang bertauliah dan penulis yang terkenal.