Biography

Dari Pesantren ke Istana

Biografi Presiden ke-4 Indonesia Kiai Haji Abdurrahman Wahid

Sebuah biografi tentang bekas Presiden Indonesia bernama Gus Dur. Walaupun tempoh pimpinannya hanyalah kurang dua tahun, beliau disanjungi tinggi oleh berbagai golongan masyarakat Indonesia.

Belum genap dua tahun sebagai presiden Republik Indonesia, Abdurrahman Wahid telah digantikan secara paksa pada Julai 2001 dalam keadaan yang memalukan. Seorang yang hampir buta dan pernah hampir menemui ajal akibat strok, beliau kerap disalah anggap oleh dunia Barat yang melihatnya sebagai seorang watak pandir.

Tetapi Gus Dur amat disayangi dan disanjungi oleh rakyat Indonesia termasuk golongan elit republik tersebut. Beliau telah mencurahkan bakti yang hebat kepada kehidupan rakyat jelata, agamanya, dan kepercayannya dalam sistem demokrasi liberal.

Dalam biografi ini, Greg Barton memperlihatkan melalui pemerhatian terus kebanyakannya, kisah manusia ini dan kehidupannya, termasuklah pemerintahannya yang penuh dengan kontroversi. Barton mula mengenali Gus Dur sejak tahun 1988 semasa sedang melakukan kajian tentang pengaruh pengliberalisasian Islam di Indonesia. Kemudian, Barton meluangkan masa yang panjang bersama bekas presiden itu, termasuklah selama tempoh 7 bulan pada masa pemerintahan Gus Dur, di Indonesia dan di luar negara.

Release Date

30/06/2017

Language

Bahasa Melayu

Publisher

IBDE Ilham Sdn Bhd




Get The App

Nusantara Audiobooks