Langit Petang berkisarkan tentang tiga tokoh yang berbeza latar belakang, sikap dan harapan akan tetapi mempunyai satu persoalan hidup yang sama: apakah yang dicari dalam hidup ini.? Novel ini diterbitkan pada tahun 1980 dan mempunyai latar masa sekitar zaman pascamerdeka (A.Samad Said, 1979)
Pak Ariff seorang bekas pejuang kemerdekaan. Beliau cukup bersyukur kerana masih dapat bernafas di atas bumi merdeka meskipun beliau tidak mendapat penghargaan atas pejuangannya dulu.
Hafiz pula bekas wartawan. Dia berhenti kerana menghidap penyakit kronik. Dia mengembara ke Pantai Timur untuk menikmati keindahan alam dan mencari ilham untuk karyanya.
Zakiah pula seorang wanita yang berdendam dengan lelaki kerana kejadian waktu silamnya.
Dan mereka bertiga hidup berjiran. Mereka bertukar pandangan dan falsafah mengenai apa yang dicari manusia dalam hidup mereka.