Literature
Ranjau Sepanjang Jalan
Kisah kegigihan pesawah dan sikap pesimis masyarakat di Kampung Banggol Dedap
Sebuah karya agung yang ditulis oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Novel ini menimbulkan kesedaran tentang kemiskinan luar bandar yang dapat dilihat melalui kesengsaraan keluarga Lahuma.
Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah S.W.T- Sebagai anak tani, itulah pegangan Lahuma dan keluarganya sejak zaman nenek moyang. Apa sahaja kurniaan ILAHI, mereka tetap menerima dengan penuh kesyukuran. Sawah bendang, padi dan nasi serta bencana alam begitu sinonim dalam hidup Lahuma sekeluarga. Meski dugaan sering melanda, namun mereka tetap mengharunginya dengan segenap tenaga yang ada.