Sebuah karya agung Melayu moden yang ditulis oleh Sasterawan Negara A. Samad Said. Novel ini menekankan unsur-unsur keperitan menjalankan kehidupan dalam suasana kemiskinan harta dan moral di kota.

Novel mengenai seorang perempuan bernama Salina yang didorong kemiskinan untuk mencari kerja sebagai pelayan di Singapura dan Tanah Melayu (Malaysia) pada tahun 50-an.

"Salina, kakak bercakap dengan ikhlas, dari hati kecil kakak benar-benar dan kau tau bagi kakak kau sudah seperti adik kakak sendiri, timbangkanlah cakap kakak ini. Ubahlah cara hidup kau. Berikhtiarlah supaya jangan terus-menerus sahaja kau men-jalani kehidupan seperti ini."

Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan ke-miskinan, keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang.

Release Date

30/06/2017

Language

Bahasa Melayu

Publisher

Lejen Press




Get The App

Nusantara Audiobooks