Sebuah karya penting Professor Syed Hussein Alatas tentang peranan Islam dalam kemajuan masyarakat.
Buku ini telah diterbitkan pertama kali pada tahun 1979 di Singapura, tetapi masih relevan bagi masyarakat Islam hari ini. Dalam buku ini, penulis memberikan fokus pada peranan Islam sebenarnya dalam kemajuan masyarakat. Beliau menyelidiki makna kemajuan dan mengenal pasti beberapa halangan kepada kemajuan masyarakat Islam. Selain itu, buku ini juga menyeru supaya masyarakat Islam menyedari mengapa Profesor Syed Hussein menamakan jenis manusia baharu Islam, kerana tanpa golongan pemikir yang terdiri daripada manusia baharu ini, masalah masyrakat islam seperti kemunduran ekonomi dan sosial, rasuah, dan ekstremisme akan berterusan.