Salah sebuah karya terkemuka tentang toleransi antara agama dan kebebesan berfikir yang ditulis oleh Voltaire pada tahun 1763.

Pada tahun 1762 Jean Calas, seorang saudagar dari Toulouse, telah dihukum mati setelah disabitkan bersalah atas tuduhan palsu membunuh anaknya sendiri. Menyedari bahawa pendakwaan ke atas Jean terhasil daripada sentimen berbentuk diskriminasi terhadap kepercayaan Protestan beliau, Voltaire memulakan sebuah perjuangan untuk menterbalikkan penghukumannya atas nama keadilan. Dalam masa itu, Voltaire telah menghasilkan sebuah risalah yang mengandungi antara nilai-nilai terpenting yang akan dipegang oleh pemikir-pemikir era Pencerahan (Enlightenment) di Eropah Barat, daripada toleransi antara agama hingga ke kebebasan berfikir. Risalah Tentang Toleransi menentang dengan kerasnya ideologi fasisme, dan merupakan sebuah karya penting yang masih relevan dengan permasalahan dunia moden.

Release Date

30/03/2017

Language

Bahasa Melayu

Publisher

IBDE Ilham Sdn Bhd




Get The App

Nusantara Audiobooks