Mitos Peribumi Malas merupakan karya "magnum opus" ahli sosiologi dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1977. Karya ini berperanan mencabar tanggapan popular yang dipengaruhi oleh pemikiran Orientalis bahawa sifat malas adalah budaya semulajadi dalam kalangan golongan peribumi rantau Asia Tenggara.

Dalam buku ini, Syed Hussein telah memberikan tumpuan kepada konsep ideologi kolonial. Beliau memperkenalkan konsel "kapitalisme kolonial" untuk membezakan sistem kapitalis Barat dengan sistem kapitalis kolonial yang dibawa para penguasa kolonial ke Asia Tenggara. Sistem kapitalis kolonial bergantung pada pembentukan sebuah monopoli dalam kawalan golongan penguasa dan pada masa yang sama mendominasi dan mengubah cara hidup golongan peribumi.

Dikenali ramai oleh hujah balas tersusun yang pertama terhadap persepsi peribumi malas yang selalu terkandung dalam penulisan sarjana-sarjana Orientalis, Mitos menghidupkan kesedaran dalam kalangan ilmuwan tempatan untuk menolak pengaruh Orientalis dalam pelbagai bidang ilmu. Syed Hussein menggunakan kajian kes masyarakat peribumi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina untuk mencabar pemikiran negatif para Orientalis terhadap golongan peribumi.

Release Date

19/02/2019

Language

Bahasa Melayu

Publisher

Dewan Bahasa Dan Pustaka




Get The App

Nusantara Audiobooks