Philosophy

Wacana Tentang Kaedah

Bagaimana Berfikir Dengan Baik Tentang Mencari Kebenaran Dalam Ilmu-Ilmu

Antara karya terpenting dalam sejarah sains moden, Descartes menulis buku ini untuk menceritakan bagaimana beliau menjumpai kaedah pemikiran rasional dalam penyiasatan sains. Buku ini mengandungi ayat terkenal beliau: "aku berfikir, maka aku wujud."

Rene Descartes menulis buku ini pada tahun 1637 untuk menceritakan bagaimana beliau berjaya menemui kaedah terbaik untuk pandu pemikirannya justeru mendorongnya ke arah berbagai penemuan saintifik. Beliau menulis kaedah tersebut dalam bentuk autobiografi: menceritakan perkembangan inteleknya dan bagaimana beliau temui kaedah itu.

Perjalanannya bermula dengan pembelajaran tentang aliran falsafah Aristotle, yang tidak berjaya memuaskan hati beliau dalam mencari kebenaran. Descartes berhenti pembelajaran beliau dan terus mengembara ke berbagai tempat untuk belajar tentang budaya dan masyarakat lain.

Pada suatu hari pada November 1619, beliau mendapat ilham ketika sedang bersendirian dalam biliknya. Descartes mengambil keputusan untuk meragui semua kepercayaan dan pendapat yang dipegang beliau selama ini. Hanya beberapa prinsip panduan dan formula moral yang dipegangnya untuk membezakan yang hak dan batil. Inilah kaedah beliau yang banyak membantu Descartes mencapai banyak penemuan penting terutamanya dalam bidang algebra dan geometri.

Dalam bidang falsafah, Descartes berpendapat bahawa semua perkara boleh diragui kecuali satu: kewujudan beliau. Menurut beliau, keraguan hanya boleh wujud dalam kewujudan. Dengan itu, tertulislah ayat abadi beliau: "aku berfikir, maka aku wujud."

Release Date

19/11/2017

Language

Bahasa Melayu

Publisher

IBDE Ilham Sdn Bhd




Get The App

Nusantara Audiobooks